Thursday, May 27, 2010

Puisi...Suatu Inskripsi

Assalamualaikum...

Edisi JOM!!! kali ini akan membawakan suatu kalam pujangga untuk dihayati bersama....

Terimalah Epilog Seorang Hamba...


Perjalananku ditengah keterikan mentari…
Tiada ditemani…
Berkelana aku mencari…
Namun masih belum ku temui…
Ku tanya orang disana dan sini…
Mereka berkata itu dan ini…
Katanya bukit harus ku daki…
Ada berkata berdiam diri…
Semuanya ku cuba tiada menjadi…
Namun…
Ku gagahi diri ini…
Terus mencari…

Pelbagai dugaan aku hadapi…
Godaan, cercaan, semuanya sebati…
Ku tanya pada diri…
Adakah harus ku undur diri...
Berkata tidak jangan sekali…
Semangat baru ku kumpuli…
Meredah segala yang menanti…
Ku bawa bersama jati diri…
Semangat mulia Umar Al – Faruqi…
Gentar tidak sekali…

Kepada – MU tuhan Aku bersaksi…
Tiada selain mu di dalam sanubari…
Ke berjanji malam dan pagi…
Mengagungkan Dzat mulia – MU tanpa henti…
Bantulah daku dalam mencari…
Sesuatu yang masih belum ku temui…
Ku pasti KAU tahu detakkan hati ini…
Kerna KAU MAHA MENGETAHUI…

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُون

Berkata Allah pada para Malaikat, 'Bahawasanya aku mahu menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi'. Malaikat bertanya, 'Apakah kau mahu menjadikan diatas muka bumi itu mereka yang saling menumpahakan darah antara satu dengan yang lain sedang kami senantiasa bertasbih dan mensucikan kau Wahai Allah?Firman Allah,'Aku lebih tahu apa yang kau tidak ketahui'.

Mafhum Surah Al Baqarah ayat 30


Monday, May 24, 2010

Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil

Alhamdulillah, kenduri tahlil telahpun selamat berlangsung pada 23hb May 2010. Setinggi- tinggi penghargaan pada penganjur, Farid Mat Rafie yang telah bersusah payah mengeluarkan bajetnya sendiri untuk kenduri ni. Terima kasih tak terhingga juga pada tuan rumah 40B Adams Terrace, Wan Z, Zack, Nik Zati Iwani dan Neda yang sudi sediakan tempat untuk cohort 1 berkumpul. Bukan sahaja dapat baca Yasin, makan beramai- ramai, dapat mengeratkan ukhwah sesama sendiri lagi. Yelah, sekarang ni pun, semua dah duduk jauh- jauh. Dalam lecture hall je baru nampak muka. Bila assignments banyak, lagilah, semua sibuk kan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin pada pukul 7.30pm, diikuti dengan bacaan tahlil. Majlis yang aman damai berubah menjadi sedikit hiruk pikuk ketika sesi mengambil makanan. Antara juadah yang disediakan, ayam masak kari, sayur campur, roti jala, kuih keria. Ada juga kek batik sumbangan rumah Salamanca Road, dan koktail dari rumah 91 Kelburn Parade. Antara lain, buah- buahan, dan paling syok, SAMBAL BELACAN. Pedas, tapi nikmat makan macam kat Malaysia, kan? Haha.


Meleleh jugak air mata makan sambal belacan haha
sampai tumpah- tumpah koktail tu :)

 Bukti kitorang datang bukan sekadar untuk makan :)

 Terima kasih juga pada semua yang telah datang memeriahkan majlis. Diharap kita dapat berkumpul lagi untuk majlis macam ni pada waktu yang lain.

Lastly, terima kasih pada tuan rumah dan kawan- kawan yang sudi masak untuk kitorang. Sedap woo!! 

p/s: credit to Hafiz Abdul Malek for the pics 

Saturday, May 22, 2010

Bila ada yang terasa..


Salam perkenalan untuk pembaca blog sekalian..
untuk post yang pertama ini, suka untuk diingatkan bahawa setiap post tidak ditujukan kepada mana-mana pihak yang tertentu, tetapi hanya sekadar peringatan kepada diri saya dan anda semua..kerana kita adalah SATU!

AL-kisahnya..
Setiap kali ada sambutan tertentu di tempat orang (atau lebih spesifiknya di Wellington) sudah sering kali ada golongan-golongan manusia yang terpinggir dalam acara dan pesta muda-mudi yang dianjurkan..
Pendapat pertama: "Aiman tak kisah.., tapi kalau selalu sangat jadi macam ni, takda sapa pun yang tak terasa kan?"
Pendapat kedua: "Dia memang, selalu buat party (kenduri) tak ajak aku..benci sangat la tu..eh? Yang kau terasa ni pehal? Ada aku kisah?"
Pendapat ketiga: "Biarlah diorang tak nak ajak kami pun, kami percaya akan qada' and qadar Allah (ayat pasrah)"

Jadi, pengajaran yang kita dapat dari semua di atas adalah:
  1. Kalau buat event apa-apa..ajaklah semua orang, tak habisnya makanan korang kalau ajak sebab kita kan mengamalkan POTLUCK style
  2. Kalau nak buat acara TERTENTU pada orang TERTENTU,berwaspadalah kerana TELINGA-TELINGA KUALI ada dimana-mana, siapa yang tak dapat invitation akan terasa sebab tak dijemput,diulangi akan TERASA kalau TAK DIJEMPUT
  3. Lupakanlah sengketa lama yang tidak berkesudahan tu, perbuatan TAK MATANG, akan menunjukkan ke-TIDAK MATANGAN kita, sebab kerana mulut kita yang tak ada insurans Takaful,maka kita tak dapat jemputan (refleksi diri sendiri & muhasabah sarawak kawan-kawan)
  4. Your Friend is OUR FRIEND too, jangan sebab tak sukakan seseorang, maka seseorang itu disisihkan kerana ini akan menjejaskan reputasi dan meningkatkan kontroversi kita semua sebagai bakal guru
  5. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan terhadap anda semua yang pernah terasa hati diatas perbuatan,perlakuan dan percakapan saya kerana post ini tidak bersifat peribadi sekadar meluahkan perasaan hati "segelintir manusia" yang hidup di Wellington,NZ ini
  6. Jangan sisihkan sesiapa kerana kita tidak dapat menjamin bahawa kita tidak akan disisihkan suatu hari nanti, (What goes around comes around)..ingat..kita semua bakal guru bukan bakal mafia/ahli kongsi cerah
akhir kata saya akhiri post ini dengan 'pantun tunggang terbalik'

Sorong papan, tarik papan,datang nz 58 jangan kita jadi papan(kayu), harap-harap,balik nanti pun 58

salam

Wednesday, May 19, 2010

Happy Birthday Apih!

Hafiz Aziz, tanggal 20 Mei, genaplah 21 tahun anda hidup dimuka bumi ini.

Happy Birthday!
May God bless you!
Wish you all the best in your life.

Pertambahan umur menunjukkan kita semakin tua. So, banyak-banyakkan la amalan kita.Dalam kesibukan menyiapkan assignment, jangan dilupa pada kawan-kawan. Siapa yang tak wish kat Apih lagi, sila wish sekarang.Hehehe.

Tuesday, May 18, 2010

Kenduri tahlil dan doa selamat.

Hai hai hai,

Just a short message. Farid bos nak buat kenduri tahlil dan doa selamat. Butir-butir majlis :

Tempat : 40 B, Adams Terrace (Rumah bonda)
Masa : 7 malam (selepas solat Isyak)
Tarikh : 25 May 2010 bersamaan hari Ahad

Diingatkan kepada semua untuk membawa pinggan dan gelas sendiri (Tuan rumah tak cukup cutlery. Sob sob sob) untuk memudahkan acara makan-makan nanti. Dan satu lagi, sila bawa surah yasin sendiri ye.

Kepada yang ingin hadiahkan pahala untuk arwah, boleh bagi nama kepada Farid bos. Tiada bayaran dikenakan.

Mari kita ramaikan majlis mulia ini. Lagipun, dah lama kan kita tak kumpul sama-sama. Apatah lagi baca yasin ramai-ramai. Moga kita beroleh keberkatan daripada majlis ini. Insya-Allah.

Datang ye!

Saturday, May 15, 2010

Notis...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Satu pemberitahuan bahawa edisi JOM!!! Amal ingin memohon maaf kepada para pembaca kerana tidak mengeluarkan post terkini sehari dua ini. Ini kerana penulis berada dalam keadaan tidak stabil emosinya dan dikhuatiri akan menjejaskan 'siqah' tulisannya. Mohon doa sahabat2 sekelian agar penulis diberi kekuatan dan daya upaya untuk kembali normal sedia kala.

Yang berharap hanya pada ALLAH....
Penulis JOM!!! Amal....

Friday, May 14, 2010

Dear cohort 2


Dear Cohort 2,

Good luck in your exam!
Kami disini mendoakan kejayaan kalian semua.
Strive for the best ya!

Sedikit tips yang boleh pakai:

1) Kadang-kadang ada yang cepat gelabah kalau tengok orang sebelah atau depan menulis essay dengan laju sedangkan diri sendiri still blur nak tulis point.Ini perang psycho namanya. So, cara terbaik ialah jangan sesekali pandang kiri, kanan ataupun depan.Fokus kat paper sudah. Bayangkan anda seorang saja dalam exam hall tu.

2) Letak jam atas meja so that kita boleh aware dengan masa yang tinggal. Insya-Allah takkan ada insiden tak sempat siapkan essay lepas tu menangis sampai bengkak mata T_T

3) Tulis point yang korang betul-betul confident. Jangan fikir nak cukupkan point tapi elaboration dan justification tak kuat.

4) Habis exam, jangan sibuk-sibuk nak bincang balik soalan exam. Tambah-tambah kalau korang ada next paper besok nya. Ini akan mengganggu fokus korang untuk next paper. Serius.

Dah. Itu jelah kot. Hehehe. Once again, good luck guys!

p/s : Sampaikan salam kami kepada semua lecturer TESOL kat sana ye. Rindu oh!

Resipi Nasi Pilau

Hi guys. Dalam sibuk- sibuk buat assignment ni, nak share satu resipi, "nasi pilau". Tak tahulah asal nasi ni dari mana, but resipi ni memang dah macam turun temurun pula hehe...Sesiapa yang dah boring asyik makan nasi goreng, tak pun ayam goreng je, try la resipi ni ye 
 
Bahan- bahan:
- bunga lawang, kulit kayu manis. 
- 1 pot beras (air mesti 2 pot = 1 pot susu cair dan 1 pot air kosong)
   kalau guna 2 pot, meas (air 3 pot, susu 1 pot)
   kalau 3 pot (air 5 pot, susu 1 pot)
- udang, ayam dicincang halus..
- Sosej (option) 
- mixed vege, cendawan ke
 
cara-cara:
1. basuh beras dan toskan
2. hiris bawang merah, bawang putih
3. panaskan minyak dalam rice cooker (kalau tak de guna je periuk). Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. lepas tu campur bawang merah dan putih.
4. masukkan udang dan ayam. bila dah naik bau, masukkan air ngan susu. Tambah garam secukup rasa. Kacau. biarkan mendidih.
5. apabila dah mendidih masukan beras yg telah ditoskan. Gaul hingga rata. masukkan mixed vege. biarkan nasi kering. api sederhana. Baru masuk dalam rice cooker.
6.  Biarkan ia masak. Kalau guna periuk nasi biasa, kecilkan api.

nota: Boleh je guna susu anchor, primo tu. Susu kotaklah senang cerita. Kalau tak confident lagi nak buat, guna 1/2 pot susu je. Contoh, 
- 1 pot beras, letak= 1 setengah pot air, 1/2 pot lagi susu, 
-  kalau 2 pot beras, 3 setengah pot air, 1/2 pot susu. Tak faham boleh tanya, ok?


SELAMAT MENCUBA!! kalau sedap, share2 lah sikit haha 

Thursday, May 13, 2010

Jumaat....

Assalamualaikum...

Memandangkan esok hari Jumaat, edisi JOM!!! Amal nak berkongsi beberapa benda 'best' untuk dibuat pada hari Jumaat.

1. JOM!!! baca Surah Al-Kahfi. Di riwayatkan dari satu hadith yang mana Baginda SAW membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kelebihan membaca Surah Al-Kahfi ini ialah akan diampun barang siapa membacanya pada hari Jumaat sehingga Jumaat berikutnya. (Kalau salah tolong betulkan, saya budak baru belajar)
2. JOM!!! potong kuku. Sunat memotong kuku pada hari Jumaat.
3. JOM!!! pakai baju cantik. Di beritakan Baginda SAW melalui riwayat Aishah RA ada 2 helai baju yang khas untuk hari Jumaat dan Hari Raya.
4. JOM!!! pakai minyak wangi. Adalah menjadi suatu sunnah memakai wangi-wangian pada hari Jumaat.
5. JOM!!! pergi masjid awal. Dapat pahala iktikaf. Diberitakan bahawa siapa yang sampai sebelum azan pertama Jumaat, pahalanya seolah mengorbankan seekor unta....

Sekian Edisi JOM!!! Amal kali ini. Sampai ketika lain....

Wednesday, May 12, 2010

A night to remember

Syabas kepada yang terlibat. Syabas juga sebab masuk tv NZ. Hahaha. Malaysia truly Asia!! Thanks to Juwe sebab inform pasal benda ini. Sekadar berkongsi kegembiraan kami mewakili negara tercinta untuk Asian Night Festival. Video diambil dari AsiaDownunder's Channel. Thanks to senior IPBA yang banyak beri tunjuk ajar. Psst..tahun depan still ada peluang untuk masuk tv. Hihi.

Dah 3 bulan

Hai hai hai,

Sedar tak sedar dah 3 bulan kita kat sini. Korang rasa korang berubah ke tak bila datang sini? Berubah macam mana tu? Erm. Let say dari segi penampilan. Ha. Ada yang dah makin kurus kat sini, ada yang makin berisi.Oh no. Ada yang makin vogue, ada yang makin ayu. Ha. Macam-macam la.Ada juga yang makin rajin pergi gym dan beriadah. That's good. Keep it up guys. Ha. Yang still duduk dalam rumah tak pernah bersukan tu, rajin-rajinkan la diri anda bersukan ye. (Peringatan untuk diri sendiri jugak ni) Bukan apa. Penting untuk kita bersukan ini even sekejap ja. Cuaca makin sejuk. Peluh memang langsung tak keluar la. Makan pula non-stop. Lagu mana berat badan tak naik. T_T Elakkan dari kerap sangat mengambil air bergas dan chocolate! Tak sihat oh.

Ha. Lagi satu ni. Bab attitude. Erm. Masih banyak lagi yang perlu kita baiki. Ingat. Kita bukan sorang-sorang kat sini. Kita ni 58 orang. Satu kumpulan yang besar. Pergi mana-mana pun ada saja mata-mata yang akan memandang kita. Orang akan tahu kita kumpulan IPSAH. Bakal cikgu ni.Memang kita tak sedar orang bercakap pasal kita. Tapi, bila keluar cerita kurang enak dari orang lain, bayangkan je lah perasaan cohort leader kita. Dia terpaksa menanggung malu. Beban semua terletak kat bahu dia.

Cakap pasal cohort leader, aku harap lepas ni kalau dia tegur, korang dengarlah cakap dia.She's our mom here (mampuih kena lempang lepas ni.huhuhu). Berubah weyh berubah.Berubah ke arah positif. Bukan negatif. Aku tahu dugaan kat sini sangat besar dan aku juga sedang berusaha untuk berubah.Madam Azmah dah bagi amanah kat dia untuk jaga kita semua. Amanah yang sangat besar. Pengarah pun ada pesan macam-macam kat kita. Cuba ingat balik dan reflect kat diri masing-masing.

Semua dah besar dan tahu membezakan yang baik dan buruk. Umur pun dah 21. Er.Ada juga yang dah 22. Hehe.Mari kita saling memperingati antara satu sama lain. Kalau ada kawan yang buat salah, kita tegur. Itu fungsi kawan sebenarnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Besar rupanya dugaan belajar kat oversea ni. Hurm.

Tuesday, May 11, 2010

JOM Doa!!!

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi tanpa kerja, kini saya ada BOSS baru. Itu tak penting. Yang penting, untuk post pertama dalam blog ini, JOM kita semak beberapa waktu dan 'port' yang sesuai untuk BERDOA. Check it out!!!

Waktu afdhal:

1. Hujung malam
2. Semasa Azan
3. Antara Azan dan Iqamah
4. Seusai Solat Fardhu
5. Bermula Imam naik mimbar sehingga selesai Solat Jumaat
6. Penghujung waktu Asar hari Jumaat
7. Tatkala hujan turun
8. Tatkala sujud
9. Ketika didzalimi
10. Sewaktu musafir dalam niat yang baik
11. Hendak berbuka

'Port' yang afdhal untuk berdoa :

1. Tatkala melihat Kaa'bah
2. Tatkala melihat Masjid Nabi SAW
3. Semasa Tawaf
4. Sedang di Multazam
5. Berhampiran Makam Baginda SAW
6. Sisi sumur@telaga ZamZam
7. Bukit Safa dan Marwah
8. Di tanah Arafah, Mudzalifah dan Mina
9. Di sisi Jamrah
10. Masjid

Semoga yang sedikit ini dapat dimanaafaatkan bersama...JOM Amal!!!!

BIG upcoming events

Assalamualaikum and Kia Ora,

Dalam sibuk- sibuk kita buat assignment, jangan lupa, ada several BIG events yang akan berlangsung dalam masa terdekat..Mungkin lama lagilah, tapi pejam celik pejam celik, tengok- tengok dah bulan 11 kan? Ramai nak balik Malaysia pulak tu ;p


1. Wellington Malay Parliamentary Debate Competition
Tarikh tutup penyertaan: 12th May 2010
Registration fee: Free
Prize: Cash $$$$$
- Sebab cohort kita ada 58 orang kan, so at least kurang- kurang pun mesti ada 2-3 groups join. Bawa nama Cohort lagi, banyak pahala tu. Untuk orang yang pernah ada pengalaman debat kat sekolah, lagilah dialu-alukan. Untung-untung, menang pula. Dapat duit, tau? Siapa kat sini nak bagi duit free, beb? So, grab the opportunity.

2. Teaching Experience
Briefing 
Date: 15 June
Time: 10am to 12pm
Venue: MY632

Debriefing 
Date: 25 June
Time: 3 to 5pm
Venue: MY632

TE akan berlangsung sekitar 20-25 Jun, lebih kuranglah. Exact date nanti boleh check kat Blackboard. Untuk sesiap yang belum hantar student profile, you are advised to do so, sebab Belinda Cattermole cakap: I will be filling the school placements from closest to farthest away, so the longer you delay returning the form the further that it is likely you will have to travel. So, kalau korang hantar lambat, esok dapat sekolah jauh, tak bolehlah complain, kan T_T

3. Jalinan Ukhuwwah New Zealand (JUNZ) 2010
Tema: Let’s Color The Future
 Date: Friday, 25 June- Monday, 28 June 2010
Registration Fee: nzd80
venue: Kaitoke Camp, Upper Hutt Wellington
Untuk maklumat lanjut, visit this website http://ismanewzealand.com/junz/

4. BERSATU 2010
Date: 1-5th July 2010
Venue: Stadium sekitar Auckland
- untuk kawan- kawan yang akan mengambil bahagian untuk Bersatu games, goodluck ye ;p Make us proud. Yang lain tu, bolehlah datang support. Sambil tu, bolehlah berjalan- jalan cuci mata, shopping kat Auckland tu

5. Vic Muslims Ski Trip
Date: Thursday, 08 July- Saturday, 10 July 2010
Fee: nzd100
Venue: Mount Ruapehu, Taupo
- tahniah pada yang dapat pergi. Inilah masa nak merasa main salji, kan. Jangan korang buat ABC sudahlah ye

Kalau korang perasan, events ni semua libatkan duit, kecuali debate tu. So, kita saling ingat- mengingatkan sesama sendiri supaya pandai- pandailah berbelanja. Susah survive kat sini kalau tak ada duit kan? Nak bayar sewa, makan, pakaian lagi. So, happy budgeting!

Salam pembuka bicara

Hai hai hai.

Salam pembuka bicara. Blog ini ditubuhkan atas inisiatif beberapa blogger untuk dijadikan medium menyampaikan informasi terbaru yang berkaitan dengan cohort 1 IPSAH-VUW serta laman untuk kita berkongsi suka dan duka bersama. Cewah. Ayat skema habis ni. Hahaha.

Diharap blog ini dapat dimanfaatkan bersama.

Psst..Jangan lupa follow weyh. Hehehe. Senang nak tengok update terbaru lepas ni.

Cheers.