Friday, June 25, 2010

Teaching Experience

Hi there.
One week of Teaching Experience has ended. It was cool, ain't it?
Most importantly we did learn something about their education system and so did them.
Gonna miss them a lot, ay?
Please do share with us some of your pictures with the kids, and I'm gonna put them up soon in this blog.
Have a lovely weekend, and CONGRATULATION for passing the exam.
Yahoo, we made it !!

Tuesday, June 22, 2010

Gambar di Facebook-So Cute!!! tapi...

Salam sejahtera para pembaca yang tak setia sekalian
Dewasa ini, seringkali kita menge'tag' kawan,sahabat,teman tapi mesra, bakal isteri/suami dan keluarga sendiri/angkat di laman sosial Facebook tanpa izin
bagi sesetengah orang ianya perkara biasa tetapi bagi mereka-mereka yang kurang senang dengan penampilan mereka, ianya merupakan suatu masalah yang dipandang berat.
Salah satu contoh terdekat yang boleh diberi ialah;

! Penutupan aurat
walaupun bagi 'sesetengah orang' yang memandang ringan terhadap aurat mereka, terdapat segelintir manusia (ramai sebenarnya) yang menitik-beratkan aurat dikhalayak ramai dan untuk tatapan orang ramai. Arakian, mintalah kebenaran dahulu dari pihak yang berkenaan sebelum memuatturun gambar di laman sosial yang boleh membuatkan sesetengah orang kurang selesa dan memberi dosa percuma kepada mereka. Diulangi, perbuatan menunjukkan aurat orang lain tanpa izin adalah "BERDOSA"

! Delete gambar-gambar orang lain yang tidak patut/tak berkenaan
Mungkin selepas ini terdapat mereka-mereka yang kurang senang dan meminta secara baik untuk sesetengah pihak men'delete' gambar yang mendedahkan aurat mereka dikhalayak ramai. Mungkin secara perbandingan post ini dianggap melampau tetapi peringatan harus diberikan sebagai salah satu cara untuk saling-mengingatkan manusia tentang dosa 'free' yang sering kita lakukan tanpa kesedaran atau kurang kewarasan. Sila 'delete' jika diminta oleh pihak yang berkenaan kerana ini melibatkan maruah dan harga diri manusia (bukan haiwan), lebih-lebih lagi saudara sesama Muslim/Muslimah. Kerjasama dan inisiatif yang akan dibuat,diulangi,'akan dibuat'oleh pihak tuan/puan amat saya/aku/ambo/den/I hargai.
paling tidak, sila "crop" atau hitamkan gambar mereka yang kelihatan seksi/agak-agak seksi/nampak aurat/nampak tak nampak aurat (nak tunjuk malu,tapi mahu), atau tak payah muatturun langsung gambar-gambar yang kelihatan/memang nampak/difikirkan tidak relevan. Perisian yang boleh digunakan untuk meng'edit' gambar adalah seperti berikut:
  • adobe photoshop
  • photoscape
  • Picasa
  • paling tidak,program 'paint' yang pasti semua komputer mahal/kurang mahal ada
  • semua diatas boleh didownload secara free di internet atau beli aje yang ori dikedai-kedai yang berhampiran dengan anda (ini soal mahu/tidak dan alasan/sebab musabab)
! No hard-feeling,ok?
Akhir kata segala perkataan yang ditaip diatas ditaip atas jasa baik dan niat murni saudara/saudari ISLAM (yang masih mengaku mereka itu ISLAM) kerana seringkali kita alpa dan tidak cakna akan perkara-perkara kecil sebegini yang bisa mendatangkan dosa besar kepada mereka dan diri kita sendiri yang bakal disoal diakhirat kelak.

Sekian,terimalah pantun 4 kerat-karut-mengarut sebelum kita berpisah..

gambar aku cute kan, korang?,
sebab takda muka yang lain,
buat dosa sorang-sorang
,
jangan tarik orang lain.



keras itu kadang berkesan, lembut itu selalu menjadi,minta maaf kalau ada terkasar bahasa,terpukul dimana-mana, semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni dosa-dosa kita,amin.

Friday, June 18, 2010

resepi pajeri terung / nenas

BAHAN BAHAN

3 biji terung panjang (kalau terung besar2, satu pun dah cukup.)
2 sudu besar rempah kari
1 kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
5 bawang kecil
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
2 cawab santan pekat
kerisik
suku gula melaka
garam sedikit



kayu manis bunga cengkih, bunga lawang


bawang kecik, putih, besar


kerisik




CARA MEMASAK

1) blend bawang merah, putih, besar dan udang kering sampai lumat

2) belah terung ikut suke hati korang la.

3)panaskan minyak, tumis rempah2 tadi dan masukkan bahan
blend tadi dan kacau sampai pecah minyak

4 ) then masukkan santan, kacau, biar mendidih

5 ) masukkan terung / nenas

6 ) masukkan gula melaka tadi dan sedikit garam

7 ) masukkan satu sudu kerisik dan kacau sampa pekat

SIAP!!! hehe


Saturday, June 12, 2010

Munajat Sebelum Jihad...

Firman Allah dalam Al Quran :
' Mintalah dikau kepadaKU, nescaya kan KU perkenankan apa yang kau minta'

JOM!!! kita ambil peluang untuk sedikit munajat pada Allah sebelum masuk medan 'Jihad'. Peluang untuk kita berlapang dada dengan kawan-kawan dan juga berlapang dada dengan Allah setelah kita berhempas-pulas berusaha dan selebihnya kita pulangkan pada ketentuan Allah...

Kepada mereka yang secara kebetulan ada ahli keluarga yang datang ke Wellington, bolehlah ajak sekali dalam acara ini. Kita kongsi keberkatan mak, ayah, kakak, abang ataupun siapa sahaja yang ada.


Perincian acara adalah seperti berikut:



Tarikh:
14hb Jun 2010

Masa:
9.00 pagi - 9.30 pagi

Lokasi:
Pipitea Campus, Victoria University of Wellington

Jalan:
Tempat berkumpul masa nak pergi tengok ragbi.

Wednesday, June 9, 2010

JOM!!! Doa

Assalamualaikum dan Kia Ora...

Semoga sekelian berada dalam keadaan bersiap siaga untuk berperang dalam masa yang sama sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bermunajat kepada Allah S.A.W.

Firman Allah dalam KitabNYA yang mulia....

'Dan mintalah dikau kepada KU, nescaya akanKU penuhi permintaanmu itu......'

Wahai Allah,
Kami hambaMu yang faqir dan dhaif,
Tiada lain tempat kami berharap selain kepadaMu,
Maha Suci Engkau Wahai Penguasa sekelian petala ciptaan langit dan bumi,

Wahai Allah,
Andai kebaikan yang Kau takdirkan buat kami,
Mudahkanlah jalan kami kepadanya,
Andai kecelakaan yang Kau tentukan buat kami,
Tiada lain hanya redha kami atas kententuanMu,

Wahai Allah,
Mudahkan bagi kami akan urusan kami,
Lapangkanlah dada kami,
Sihatkanlah akan Jasmani dan Rohani kami,
Hindarilah kedukaan dan nestapa dari kami,
Hadirkanlah gembira dan ria bagi kami,

Wahai Allah,
Tiada tempat kami mengadu hal selain kepadaMu,
Justeru apalah kiranya Kau jadikan kami orang-orang yang berjaya dalam peperiksaan yang akan datang ini Ya Allah,
Semoga dengannya kami dapat terus menjadi hambaMu yang tahu mengucap syukur dan terima kasih atas karuniaMu,
Semoga dengannya kami dapat terus menambahkan rasa Taqwa dan Tawajjuh kepadaMu,
Dan semoga dengannya kami bertambah redha atas ketentuanMu,
Hanya kepadaMu Wahai Allah tempat kami mengadu....

Thursday, June 3, 2010

JOM!!! bercuti lagi...

Assalamualaikum...

Sekadar makluman yang penulis ruangan JOM!!! akan bercuti dari menulis sementara menunggu 'kitab hikmat' sampai dari Malaysia. Artikel selepas dari ini akan berkisarkan tentang 'Penawar Hati Gundah Gulana'. Nantikan kemunculannya....

Penulis JOM!!!

notis

pembetulan:
everton hall untuk returning student dan 2nd year students sahaja. meaning, juniors masih tak boleh apply rumah ni... sorry for the wrong information. cheers

Tuesday, June 1, 2010

Everton Hall

Everton Hall, takes about 10-15 minutes walk to the uni.  All rooms at Everton Hall are singles – well almost all, we have two one bedroom flats that suit a couple.

Your fees pay for your room in a fully furnished flat. It does not include food or electricity. Each study bed room contains a bed, mattress and mattress protector plus a desk and chairs and ample wardrobe and drawer space. The kitchens are fully supplied with pots and pans and cutlery and crockery.

How easy is it to get to the city?
- Very easy. It is a five or ten minute stroll down the hill, depending on your walking speed, to the heart of the entertainment centre. Unfortunately that means that the walk home is uphill and takes longer!

Residents are responsible for arranging their own internet/phone connection at their own expense. All flats have phone jacks installed in lounges or hallways and bedrooms except some bedrooms in the houses. All expenses relating to internet/phone connection are the responsibility of residents.

Fees:
Old Flats / Villas $140.00
New flats $165.00
1 bed room flat $265.00
Bed Sit $165.00

The “Commons” is the communal centre of the Hall (with badminton and volleyball courts, table tennis, basketball hoop, piano room, TV lounge with pool table)

So far, everton Hall pun quite murah. Just you have to pay your own electricity bill. Kalau taknak naik bas, boleh guna cable car, dekat je dengan Everton.

Additional info, visit this website:
http://www.evertonhall.ac.nz/uploadGallery/Blue-Book-2010.pdf
http://www.evertonhall.ac.nz/default.aspx

important info!!

Nota kaki: Briefly Salamaca Road ni macam rumah Te Kota yang lain. Bezanya, 9 orang satu rumah. Boleh pilih shared room, atau single room. Dekat dengan Uni, 5-10 minit jalan, dan 15-20 minit ke town. Biasa turun town jalan kaki je. Bila nak balik, guna cable car, sebab dekat sangat dengan Cable Car Station. Tak larat kot korang nak angkat barang- barang rumah, daki bukit lagi, kan. Dekat dengan Botanical Garden. Pergi sekali dua oklah, lama- lama bosan juga haha..

Berkenaan accomodation kat Wellington ni, juniors sila fikir baik- baik. Nak dekat dengan town, or dekat dengan uni, it's your choice. Tapi ada pro and cons. Nak murah, boleh, tapi kena pandai duduk dengan orang (kelburn parade- 20 orang). Nak selesa, boleh, tapi mahal (Edu House). Nak senang shopping boleh, tapi letih pergi Uni (Stafford). So, think wisely. kalau nak apply shared room, make sure you state dengan siapa you nak duduk sekali. Nanti, susah kalau ended up kena duduk dengan roommates yang tak boleh ngam.

Kalau pilih rumah Te Kota, be prepared to live with coursemates yang you maybe tak pernah tegur pun selama ni. Management akan pilih secara rawak siapa akan duduk dalam sesebuah rumah tu. Sebenarnya, ok je kalau geng korang tak duduk satu rumah dengan korang, coz boleh saling lawat- melawat. Best tuu!! Yang pilih shared room, jangan risau, insyaAllah, anda akan dapat duduk dengan orang yang anda pilih.

Untuk yang non- malays, maybe korang akan pilih rumah yang ada catered food. My advice, tak perlulah. Masak sendiri, lebih jimat. Kalau bosan, banyak je kedai makan kat luar, in case you tak kisah pasal duitlah kan :) in fact, rajin masak, means masakan korang akan jadi lebih sedap. ramai seniors yang tak berapa pandai masak, datang sini, VOILA..sedap tak tipu weh!!

Apa lagi ye? Hah, duduk dekat town, tendency nak pergi shopping. Jauh dari town pula, susah nak dapat access to food, and stuff.. maksudnya, sekali turun, kena angkut bundle lah barang- barang rumah semua.

Anyway, fikir baik- baik. Consult dengan seniors kalau ada apa- apa pertanyaan. Oh ye, kalau tak apply Edu House, tapi dapat, sila cepat- cepat break contract. Jangan risau, seniors insyaAllah boleh tolong cari rumah untuk korang (ada reward tak? hehe). And EVERTON HALL, is one of the choices as well. But, tak ade seniors yang duduk situ, so I'll inform you guys later once dah dapat info dari seniors kat VUW ni.

thanks for your time reading!!

Cumberland House

As requested by your senior Joel Peh, maka saya dengan berat hatinya menulis pasal Cumberland House juga haha. Btw, Cumberland ni dua orang seniors je duduk situ. Aaron Wong and Joel Peh.

Rental – 225 per week (single studio). The number of rooms are limited, so your place would not be guaranteed. For twin share studio, it's $205 per week
To University – depends on how fast you walk, (kalau laju, 7min boleh sampai, average 10-15min)
Tambang bas ke uni – 1.50, with snapper 1.20
Location – near to town, banyak restaurant, Sunday market sebelah je
Cooking Utilities – ade fridge, microwave, electric kettle, mini kitchen
Size – Depends on your luck. Bilik aku besar, ade yang kecil sikit, toilet aku siap boleh picnic dalam tu haha (Joel, 2010)
Facilities – ade gym, common room MUCH bigger than Edu House, ade meja pool, GIANT chess, study room, music room, common kitchen, etc
Laundry – washing machine 2 dollar, dryer 2 dollar (disadvantages betul, rumah lain free je zzzz)
Electric – around 2500 – 2800kW each sem for self catered, 50% less for catered (can't remember the exact amount) . It is more than enough, masak, pasang heater everyday, use hairdryer often, etc masih tinggal byk lagi
Furniture – single bed, study table, study lamp, wardrobe, heater (can turn it on anytime, boleh jadi air cond juga) ,etc
Security – swipe card masuk, naik lift, weekends ade security guard jaga lagi
Internet – kalau tak silap, paling laju kot, average download speed (1.5-2mbps, my maximum so far 3.4mbps) (meaning download video 1GB with 3.4mbps speed less than 5min) agak mahal, tapi berbaloi untuk org yg kuat download ($80 per mth for 40GB usage)

PROS – almost everything except $$$
CONS - $$$$$$$$$$$$$$

Again, choose wisely..

Te Kotahinga- Kelburn Parade

Rumah Te Kota terbahagi pada 3. Zack dah cerita rumah dia kat Adams Terrace, same with Farid Rafie. Ni info dari senior di Kelburn Parade, under Te kotahinga juga...Credit to Mufidah, edited by me :P

Memandangkan Fidah duduk kat Kelburn Parade, Fidah akan cerita about rumah ni. If juniors fikir nak jimat, duduk sini memang best. Dekat dengan uni, dalam 5- 10 minit jalan. Tak perlu mengada-ngada naik bas haha. Tapi jauh sikit from bandar. Takpe la kan sebab itu yang membantu korang berjimat. mula mula dulu,before fidah datang sini, fidah tak fikir sangat about accomodation. janji selesa, tapi, bila sampai sini, rupanya pilihan accomodation betul-betul memainkan peranan penting dalam pengurusan wang.

Kat sini,bilik berlainan saiz. kalau korang betul- betul nak jimat,baik ambil share room ($140 seminggu). Berbaloi- baloi. beza $120 sebulan from single room ($170 seminggu). setahun? korang kira sendiri. sebab Fidah dapat single.so, kena agak berjimat berbanding coursemates yg dapat shared. tapi,kalau dari segi privacy,single room mmg best. maybe korang nak chatting kan. so,single room lebih sesuai utk siapa yg suka privacy. Fidah setakat ni suka duduk single sebab bilik tu korang yg punya. hahaha .lagipun,single room kat sini best je and jauh lebih jimat from education house.

Korang tak payah risau about electricity and air kat sini.semua dah termasuk dlm sewa.mmg best.untuk internet,korang cuma perlu bayar $60 utk satu sem UNLIMITED! mmg jimat duduk sini.sangat JIMAT! Lebih baik pilih accomodation yg dekat dgn uni sebab bila time winter (sekarang ni)...kesejukan akan buat korang rasa malas sangat nak keluar bilik.hehe.tu pandangan fidah.

kalau nak ke bandar,boleh je jalan kaki.sebab turun bukit.hehe.tapi,kalau balik,kalau rasa larat,boleh je jalan kaki.kitorang pun mula-mula selalu balik jalan kaki je. sekarang,jarang-jarang.hehe. faham- fahaam sendiri ye.Macam Stafford nak ke uni, korang boleh amil bas,$1.50.tapi,kalau guna snapper card,cuma $1.20 je.

Pada pandangan fidah,better korang pilih yang murah dulu.2nd year,if korang rasa mampu, baru pilih accomodation yang lebih mahal.

p/s: jangan pilih Te Puni.sebab kwn2 Fidah,almost semua yg pilih Te Puni dpt Education House ($230 seminggu). Setakat ni,tak ada sorang pun daripada kitorang dapat duduk kat Te Puni.

Additional info by Att:

Disadavantages- Jauh dari town. Buat penat je turun town kalau sekadar nak pergi post office hantar surat. Kalau taknak BUAT PENAT je, pergi shopping sekali ahaha. Bila jauh dari town, maksudnya, susahlah kalau anda tak ada stock makanan buat makan malam- malam. Sini, cepat lapar tau!

Rumah Fidah ade 4 tingkat, 6 shared room, 8 single. Internet 60 dollar per trimester. Rumah Fidah ada 20 orang, campur seniors kitorang sekali lah. Untuk siapa yang rasa rimas duduk ramai- ramai, better apply rumah yang tak ramai orang. Yes, korang boleh choose untuk duduk dalam bilik dan tak mix dengan orang, tapi in case, korang jenis ada masalah personaliti, nak bergaul dengan orang susah ke, think twice. Murah- murah juga, tapi janganlah nanti sebab perangai kita, mendatangkan kesusahan pada orang lain.

Wai-Te-ata

Credit to Anne Abd Razak for the info..

Rumah ni 3 tingkat. 2 toilet. Some houses, ada 4 rooms, ada yang 5. Kitchen kat tingkat bawah sekali. Semua cutleries ada, except dishwasher (blender tu semua tak ada la, tapi basic stuff macam rice cooker, oven, microwave, ada) Kitchen tak besar sangat, living room pun, tapi oklah. 

Rumah ni paling dekat dengan uni, so siapa yang rajin bangun lambat tu, memang patut apply rumah ni haha..approx 2 mins je dah sampai. And senang nak balik sembahyang. so far tak pernah sembahyang kat uni sebab rumah memang dekat nak ulang alik. Even winter, tak pakai baju sejuk pun boleh survive sebab tak payah terketar- ketar nak balik, kan? Dekat dengan VUW Rec Centre, dari tingkap bilik pun dah boleh nampak. So senang nak pergi bersukan. Oh ye, rec Centre ni tempat main pingpong, basketball, handball, and gym.  Dekat juga dengan Boyd Wilson Arena (tempat nak beriadah juga), Student Health, Counselling Service, and SJS (tempat cari kerja). Nak pergi library malam- malam pun senang. 

Kalau lapar boleh pergi kedai Red Bull. Apa nama betul, kitorang pun tak tau haha. Macam groceries store la. Tapi kedai tu tutup awal. Dekat juga nak pergi town compared to Te Kotahinga. Kira, Waiteata ni in the middle, so nak pergi town dalam 10 minit. 

Electric included. So, tak payah risau berapa banyak korang nak guna. Bolehlah nak pakai electric blanket ke, hair dryer ke. Facilities, however, tak ada. RA sgt friendly! So apa- apa masalah report je kat dia..kejap je dia handle. Bilik besar, tapi tak sebesar rumah Te Kotahinga di Salamanca Road. Nevertheless, it is comfortable. Wardrobe pun besar..so memang akan ada tendency untuk pergi shopping dengan alasan, nak penuhkan wardrobe, kalau tak kosong, hambar, tak meriah lah kan haha

Internet under Uni Hall. Tapi kat rumah ni, kena pakai cable ye. Tak ada wireless sebab dalam bilik dah ada individual port (untuk cucuk cable tu). However, internet dia murah, dan laju gila! Nak buat party (ceh, macam menggalakkan je haha), lebih sopan gathering, boleh, tapi kena ada RA punya permission. Sini senyap macam unihall lain.. 

Rent pula, this year $180 per week, internet is 60 per trimester. Dengar kata next year naik $190..so, fikir secara bijak!!
 

Education House

Credit to Melissa Wee for the info :)

Truth is, eventhough I didn't live here, I strongly advice you guys not to choose this one. Rent per week is  $245. Bakal naik 5 dolars lagi tahun depan. Ingat ye, bajet accomodation MOE bagi hanya $200 seminggu. Kalau agak- agak mampu, tak ada masalah nak pilih rumah ni.

Advantages- One of your seniors staying here said that Edu House is convenient cos it's halfway between campus and city. For those yang suka privacy, this is the place for you. However, it can also be the disadvantage since it can be quite lonely if your coursemates don't get the same accomodation as yours. Lots of the residence staying here are quite private and critical about room cleanliness.

Depends on your luck, some might get a bigger room, while others might find themselves stuck in a small room. Apa- apapun, untuk seorang, oklah kan. Style bilik dia, STUDIO. maksudnya, bilik air, dapur, dan tempat tidur dalam satu bilik. So, kalau masak tu, bau memang melekatlah kat tilam, bantal korang ye. Nak masak pula, no worries. Ada electric stove, microwave, fridge kecik, water bolier, toaster, pinggan, cultlery, pots and frying pan. Partially furnished rooms with bed, desk, chair, draws or clothes rack.

Safety, lagi tip top. Naik lif pun pakai kad. Internet, guna sistem top up. Disadvantage kat situ. Makanya, rajin- rajinlah datang ke Uni dengan laptop anda. Elektrik however, tak kena bayar. Still, ada limit which is 1000kw/j per year. InsyaAllah, cukup je.

Nak pergi uni, around 10-15 minutes. Kena naik bukit. Lebih dekat dengan town area Te Aro. Sport room, gym ada kat Cumberland house. Cumberland ni pun, under UStay. So, if you got any problem, kena pergi tempat ni, sebab main office kat sini. It's one street up, tak jauh sangat pun. Hari Ahad adalah hari HAVEN untuk korang yang duduk Edu. Sebab dekat dengan Sunday Market, so boleh shopping sayur dan buah- buahan dengan harga murah ahaaha...

Nak buat party @ potluck @ buka puasa ramai- ramai? This is the place. Common Room harus book dulu, tapi memang besar. Selalu je cohort 1 sambut bday kat sini..

This is the info I get so far. I'll ask for any additional info from your seniors later. Thanks for your time reading. Spread the info please!!

 yg under microwave tu, itulah kitchenette korang yang nak duduk Edu

 tv dengan coffee table tak disediakan. illustration semata- mata

Stafford House

Untuk juniors Cohort 2, here are some tips upon choosing your accomodation for next year. Since I'm staying at Stafford House, I'll be talking roughly about this one.  

Stafford ni strategik. Untuk orang yang suka city life ataupun taknak risau tak de makanan tengah- tengah malam, eloklah duduk sini. Situated at The Terrace, maksudnya keliling korang bangunan jelah. Ada FIX, yang buka sampai around 11pm. So, bila-bila masa lapar, boleh turun beli makanan kat sini. Tapi, tak dapatlah harga murah sebab this store is like 7Eleven back in Malaysia.. Anyway, kalau taknak FIX, ada Subway. Sila google Subway tu ape ya haha..

Rent seminggu is $180, per person. Next year, dengar kata naik 5 dolar lagi. Quite affordable. Ada gim, ada bilik muzik, study room, work room, common room untuk tengok tv, dan bilik untuk main pingpong dan snooker. Advantage kat situ. Tak payah susah- susah subscribe gim kat Uni. mahal kot.. Bazir duit lagi kalau korang tak pergi haha. Lagi satu, internet free, tapi 2Gig je per week. So, kena pandai bajetlah. 

 Setiap room ada 3 bilik. Ruang tamu, kalau nak buat party, sorry to say, tak dapatlah. Sempit. Paling kurang pun, boleh sumbat 7-8 orang. Bilik pun berbeza keluasan dia. Setengah bilik ada 1 heater, ada yang 2, ada yang 4. Heater semua centralized, meaning, management yang tentukan bila dia akan pasang heater. Selalu bulan 6 baru start pasang, itu pun dari pukul 4- 11 mlm je. Waktu lain, kalau sejuk, silalah masuk dalam duvet dan tidur haha..

Sila jangan pilih Stafford House kalau taknak risau pasal electricity. Rate a month is about $50-60. Itu pun kalau korang jarang pakai dishwasher, tak guna dryer dan guna cold water utk washing machine. Agak sengsara di situ ye :) Oh ye, rate tu untuk per person, bukan per house, ok. Ooh, jangan mimpilah nak beli portable heater atau elektrik blanket kalau tak nak pengsan bila dapat bil elektrik. Keselamatan pula, dijamin. Tip top sebab pak guard dia macam IPSAH nye hehe. Nak masuk, kena swap. 

Oh, pasal nak pergi Uni pula. 20 minit kalau jalan kaki. Kalau naik bas, bayar cash= $1.50. Kalau guna snapper (kad diskaun)= $1.20. Biasanya, kitorang Stafford ni pergi naik bas, balik jalan kaki. Tapi, bila elaun dah nak habis, semua pun bajet berjimat, so jalan kaki je. Boleh topup Snapper kat FIX je, so senang. 
HAVEN nya, bila nak shopping. tak sampai 5 minit pun nak pergi Lambton Quay, which is the central of the city. Starbucks, Burger Fresh, Mrs Higgins (famous cookies kat sini), St Pierres (sushie halal, tapi tengok brach jugaklah), Spud Deli (baked potatoes nyum nyum) semua kat sini. So, for those who love food, no worries eh..Post shop, bank semua dekat. So while others complain susahnya nak kena turun town beli makanan, korang boleh senyum- senyum sambil cakap, kitorang tak sampai seminit dah boleh makan Burger Fresh hehe..Kidding, kidding..

Nak masak pula, don't worry. Kitchen ada. Cutlery, periuk semua pun dah siap. Kena tutup pintu bila masak. Kalau asap keluar ke hall, alamatnya bomba datang. Sini, alarm bunyi, terus bomba datang. Memang tension. Once a month, ada house inspection. Siapa tak pass, kena double bersihkan bilik dia. Privasi kat sini bagus. Racism, so far, tak ada. RA, helpful. RA ni macam wardenlah, tapi hensem dan cantik belaka haha. Management, friendly. Baik sungguh.  

Ada apa- apa soalan, sila drop comment atau tanya kat Shoutout Box sebelah tu. Takut terlupa pula info2 penting yang lain. Btw, untuk yang nak tengok macamana rupa Stafford, this is the link : http://www.stafford.maxnet.co.nz/index.php (pergi bahagian Photo Gallery)


Thanks heaps :) 


real life situation :P

Te Kotahinga

Hai hai hai.

Kembali menulis disini untuk memberi sedikit info tentang accomodation hall. Dengar cerita Cohort 2 dah kena isi form untuk accomodation hall, so this might help you to make a right choice.

Akak menulis bagi pihak Te Kotahinga.

Basically, under Te Kotahinga, ada banyak jenis rumah. Setiap rumah diasingkan mengikut nama jalan (Adams Terrace, Kelburn Parade, Salamanca Road). Ini antara yang akak tahu la since a few cohort 1 menetap kat situ. Tapi sewa bilik sama ja untuk setiap rumah.Yang membezakan ialah jarak setiap rumah ke Uni dan design rumah. Ada yang besaq gila ada yang just nice.Hihi.

Rent untuk single bedroom (seminggu) = 170 dollars
Rent untuk shared bedroom (seminggu) = 140 dollars
Rent untuk internet (1 trimester) = 60 dollars

Kalau nak murah, ambil shared bedroom. Tapi, if tak selesa nak berkongsi bilik, ambil single.

Ha. Ini gambar rumah Adams Terrace ya. Important to note that not every house looks the same as this one.It might be slightly different.Ini just sample dari satu rumah yang ada dekat Te Kotahinga.


Single bedroom


Hallway


Dapur


Living hall

Harap info yang diberikan dapat membantu adik-adik semua membuat pilihan ye. Selamat memilih! =)

Accommodation in Wellington...

Assalamualaikum and Kia Ora...

Setelah sekian lama, hari ini Boss saya suruh buat liputan menyeluruh berkenaan accommodations yang ada disekitar Kacamatan Wellington ini. Dan untuk itu, liputan ini dibawa terus dari 32 Adams Terrace, Kelburn @ Te Kotahinga....

Dari segi kedudukan, jarak daripada 32 Adams Terrace menuju ke VUW Kampus Kelburn adalah sepanjang 750 meter. Kalau tak percaya, ini adalah gambaran perjalanan kami setiap hari menuju ke kampus.


Kalau diperhatikan pada gambar IHSAN dari Google Maps, yang ditanda dengan A itu adalah kediaman kami iaitu 32 Adams Terrace dan yang ditanda dengan B itu adalah VUW Kampus Kelburn. Untuk makluman, VUW ada 4 kampus iaitu di Kelburn selaku kampus pusat, Karori selaku kampus pengkhususan untuk fakulti pendidikan , Pipitea selak kampus pengkhususan untuk fakulti perakaunan, perniagaan, dan undang-undang dan Te Aro selaku kampus pengkhususan untuk fakulti seni bina.

Beralih kepada topik seterusnya iaitu kemudahan sedia ada yang diperuntukkan oleh pihak University Hall.

Sewa yang dikenakan kepada mana-mana penghuni kediaman dibawah seliaan University Hall adalah seperti berikut:

Sewa Single Room : *NZD 170
Sewa Shared Room : *NZD 140
Yuran Akses Internet : *NZD 120 setahun
*tertakluk pada perubahan semasa

Suatu perkara yang menarik tentang menghuni kediaman seliaan University Hall ini adalah anda tidak perlu risau sama sekali tentang elektrik dan air kerana semuanya telah diurus tadbir oleh pihak University Hall. Best kan????

Antara kemudahan yang dibekalkan kepada anda di dalam kediaman ini:


Gambar diatas adalah kemudahan terkini yang dibawa masuk oleh pihak University Hall iaitu Penyaman Udara. Tapi konsep alat ini ialah untuk mengeluarkan haba bagi memanaskan rumah. Namun yang demikian, alat ini masih juga boleh berfungsi untuk menyejukkan rumah kalau anda rasa panas.

Dalam rumah ini ada lima single bedroom yang membawa maksud ada 5 orang penghuni sahaja yang mendiami rumah ini. Walaubagaimanapun, keluasan setiap bilik adalah berbeza mengikut bilik. Don't you ever think that you are going to have a room as like your room back in IPSAH. It is totally huge!!!Boleh sumbat 3 orang satu bilik (bilik saya je). Macam Hafiz Abdul Malek, luas bilik beliau adalah seperti luasnya master bedroom seunit rumah di Bandar Puteri Jaya. Besarkan?????

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil, tilam, kerusi dan meja belajar. Tidak lupa almari penyangkut pakaian.
***Gambar tidak dapat disiarkan atas asbab bilik sangat bersepah.

Yang paling penting....

Kalau tak ada benda ini dalam bilik, kompom mati beku. Ini adalah pemanas yang dibekalkan untuk setiap bilik. Malam anda akan lena dengan benda ini. Tapi anda akan memerlukan satu unit tambahan bila musim sejuk menjelang as the weather will a lot colder than usual.

Lain-lain kemudahan seperti mesin basuh, mesin pengering, set television dan lain-lain perkakasan semuanya dibekalkan oleh pihak pengurusan. Pendek kata, semua memang cukup lengkap disediakan. Tinggal datang dan duduk diam-diam je.

Sekian sahaja liputan untuk kali ini.Sebarang pertanyaan bolehlah disalurkan kepada mohamadfrd@yahoo.com ataupun matrafmoha@myvuw.ac.nz

Sekian terima kasih....