Rumah Te Kota terbahagi pada 3. Zack dah cerita rumah dia kat Adams Terrace, same with Farid Rafie. Ni info dari senior di Kelburn Parade, under Te kotahinga juga...Credit to Mufidah, edited by me :P
Memandangkan Fidah duduk kat Kelburn Parade, Fidah akan cerita about rumah ni. If juniors fikir nak jimat, duduk sini memang best. Dekat dengan uni, dalam 5- 10 minit jalan. Tak perlu mengada-ngada naik bas haha. Tapi jauh sikit from bandar. Takpe la kan sebab itu yang membantu korang berjimat. mula mula dulu,before fidah datang sini, fidah tak fikir sangat about accomodation. janji selesa, tapi, bila sampai sini, rupanya pilihan accomodation betul-betul memainkan peranan penting dalam pengurusan wang.
Kat sini,bilik berlainan saiz. kalau korang betul- betul nak jimat,baik ambil share room ($140 seminggu). Berbaloi- baloi. beza $120 sebulan from single room ($170 seminggu). setahun? korang kira sendiri. sebab Fidah dapat single.so, kena agak berjimat berbanding coursemates yg dapat shared. tapi,kalau dari segi privacy,single room mmg best. maybe korang nak chatting kan. so,single room lebih sesuai utk siapa yg suka privacy. Fidah setakat ni suka duduk single sebab bilik tu korang yg punya. hahaha .lagipun,single room kat sini best je and jauh lebih jimat from education house.
Korang tak payah risau about electricity and air kat sini.semua dah termasuk dlm sewa.mmg best.untuk internet,korang cuma perlu bayar $60 utk satu sem UNLIMITED! mmg jimat duduk sini.sangat JIMAT! Lebih baik pilih accomodation yg dekat dgn uni sebab bila time winter (sekarang ni)...kesejukan akan buat korang rasa malas sangat nak keluar bilik.hehe.tu pandangan fidah.
kalau nak ke bandar,boleh je jalan kaki.sebab turun bukit.hehe.tapi,kalau balik,kalau rasa larat,boleh je jalan kaki.kitorang pun mula-mula selalu balik jalan kaki je. sekarang,jarang-jarang.hehe. faham- fahaam sendiri ye.Macam Stafford nak ke uni, korang boleh amil bas,$1.50.tapi,kalau guna snapper card,cuma $1.20 je.
Pada pandangan fidah,better korang pilih yang murah dulu.2nd year,if korang rasa mampu, baru pilih accomodation yang lebih mahal.
p/s: jangan pilih Te Puni.sebab kwn2 Fidah,almost semua yg pilih Te Puni dpt Education House ($230 seminggu). Setakat ni,tak ada sorang pun daripada kitorang dapat duduk kat Te Puni.
Additional info by Att:
Disadavantages- Jauh dari town. Buat penat je turun town kalau sekadar nak pergi post office hantar surat. Kalau taknak BUAT PENAT je, pergi shopping sekali ahaha. Bila jauh dari town, maksudnya, susahlah kalau anda tak ada stock makanan buat makan malam- malam. Sini, cepat lapar tau!
Rumah Fidah ade 4 tingkat, 6 shared room, 8 single. Internet 60 dollar per trimester. Rumah Fidah ada 20 orang, campur seniors kitorang sekali lah. Untuk siapa yang rasa rimas duduk ramai- ramai, better apply rumah yang tak ramai orang. Yes, korang boleh choose untuk duduk dalam bilik dan tak mix dengan orang, tapi in case, korang jenis ada masalah personaliti, nak bergaul dengan orang susah ke, think twice. Murah- murah juga, tapi janganlah nanti sebab perangai kita, mendatangkan kesusahan pada orang lain.