Thursday, January 27, 2011

pecutan akhir sebelum terbang siri ketiga

ok. so siri ketiga basically pasal settling down in nz.


1) macamana nak contact family bila dah kat nz?
- ok, good news is, maxis, celcom, digi semua tu boleh guna lagi kat sini. cumanya mahal je la sikit. tapi 50sen je apalah sangat kan. haha. and then, nanti boleh pergi beli simcard. ada 3 jenis kat sini, telecom, vodafone and 2 degrees. paling murah, 2 degrees. 9sen je international msg. another alternative, beli phone card macam superbuzz, yabba atau chi tel ke. banyak pilihan. kalau duduk kat uni hall, dah ada telefon free, so boleh terus guna dan cakaplah berapa lama korang nak pun. harga serendah 10 dolar. 


2) bolehke survive tidur hari pertama takde duvet?
- boleh je asalkan ada stokin tebal. macam farid cakap dalam siri pertama dan kedua, baju tebal tu tak perlu bawa banyak- banyak. sini sale lagi murah. waktu korang datang, summer. so patutnya tak sejuk pun. tapi nak kena adapat cuaca kan. so hari kedua, insyaallah akan ada senior yang akan bawa korang pergi beli duvet, heater ke. 


3) travellers cheque nak guna macamana?
- benda tu kena cash kan. so nanti senior akan bawa pergi bank set up account semua. korang tak payah la serabut kepala nah. haha. 


4) makanan apa kena bawa?
- setakat beras tu tak payah lah. kasi berat beg je. maggi tu boleh jugaklah. sebab maggi sini IndoMee je. tak sedap. kalau nak bawa perencah dari msia, make sure commercially package. dan ingat, kena DECLARE. kalau tak, kena SAMAN nzd400 bersamaan rm800+ duit malaysia. sob sob. 


5) ada ke makanan halal sini?
- Ya Allah, mestilah ada. haha. ada satu halal butcher kat sini. so, janganlah ingat korang takkan dapat makan ayam atau daging lagi ye haha. btw, ikan yang ada kat sini tak variety macam msia. lupakanlah niat nak makan ikan keli masak pedas, ikan talapia masak tempoyak. yang ada, macam salmon.

6) berapa cash nak bawa datang nz? 
--yang ni memang ikut suka koranglah kan. tapi dalam nzd300 cash in hand cukup je.  

Tuesday, January 25, 2011

Pecutan Akhir sebelum TERBANG TINGGI!!! siri 2

Assalamualaikum...

Mak kembali untuk menyambung perbahasan siri 2 noks...hahahahaha...ok2 kembali ke dunia realiti...sebagai peringatan kepada para pembaca...entry siri 1 tu korang kene baca sekali ngan komen2 yang diberikan sebab ada associate writers blog nie dah post entry yang mungkin berguna sebagai panduan untuk korang...

Let's continue...

4. Yang MUSLIM!!!!Take Note!!!! : Untuk pengetahuan korang, waktu solat kat Wellington tersangatlah berbeza YA AMAT!!!!!...Waktu subuh kadang2 seawal jam 3 pagi dan waktu isyak plak boleh jadi selewat 11 malam...so it would be better that you guys go and browse through www.fianz.co.nz dan p tengok range waktu solat di bandar Wellington...kalau boleh terus save takwim solat untuk the whole year...pasal solat di kampus, toksah la korang pikir yang korang akan solat bawah tangga ke, sebelah longkang ke, depan tandas ke sebab ada disediakan prayer room kat bangunan 'New Kirk',Kelburn Campus...lebih spesifik Bilik 202A...maknanya kat tingkat 2, bilik 02A...untuk yang lelaki, insyaAllah akan ada surau baru dekat Student Union Building untuk kegunaan harian dan juga Solat Jumaat...so jgn ngada2 nak ponteng Solat Jumaat...sebab Syeikh Khatib sgt perihatin dengan attendance pelajar Malaysia ke Solat Jumaat...dinasihatkan juga kepada korang untuk memperdalami perkara2 berkait dengan fiqh seperti jama' dan qasar solat, khuf dan lain2...pasal aktiviti keagamaan plak, insyaAllah hati korang takkan rasa sunyi provided that korang take part dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Vic Muslim dan juga WMSO...rajin2kan diri untuk berdampingan dengan aktiviti agama agar hati korang sentiasa dipenuhi 'Nur'...Kalau korang tak keberatan, bawaklah sorang satu quran yang ada terjemahan...sekurangnya takde la korang bergantung semata pada pengisian yang org bagi...

5. Lesen memandu : Kepada mereka2 yang gemar memandu dan memiliki lesen memandu...tak payah la membazirkan duit untuk buat lesen antarabangsa...terjemahkan aje lesennya dan dokumen terjemahan tu valid untuk satu tahun dari tarikh terjemahan itu dibuat...untuk tahun kedua korang, kalau korang tak balik Malaysia, korang boleh terjemahkan lesen memandu korang dekat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang tak jauh mana pon...dekat je...kene byr dalam NZD 5 kot...murahkan???

6. Memandu di New Zealand : Kepada yang suka sewa kerera mcm mak, korang tak yah takut la kot korang kekok nak drive kat NZ...prinsip pemanduan kenderaan kat NZ sama je mcm Malaysia cuma ada certain rules yang sedikit berbeda...itupon tak la obvious sgt...as long as korang confident, redah aje...Bercakap pasal sewa kereta, kat NZ sewanya (kalau korang tak convert currency la kan) korang leh sewa sebijik Toyota Estima untuk NZD 100 sahaja sehari siap dengan minyak full tank...tp bila pulang balik kene la kasi full tank gak kan...biasanya kami sewa dengan Ace Car Rentals (sila Google ye!) but lately kami jumpa satu syarikat yang dimiliki oleh Anak Malaysia, justeru prosedur menyewa dengan syarikat nie lebih mudah berbanding dengan Ace...malah harga untuk Malaysians yang nak sewa kete pon lain...tapi kat Welly je la..kat lokliti lain takda...untuk keterangan lanjut, nantikan bila anda berada di Welly...

Ada lagi tak yang tertinggal??? Senang cmnielah, pada mereka yang nak tanya ke, dapatkan keterangan lebih lanjut ke, bolehlah email acik kat aljuhryy@gmail.com...insyaAllah, acik akan cuba jawab persoalan korang...takpon, tanyalah kat senior2 korang...depa pon mesti nak tolong korang punya...

Demikian la coretan mak untuk entry siri ini...sampai kita jumpa di entry akan datang...byyyyeeeee!!!!

Monday, January 24, 2011

Pecutan Akhir sebelum TERBANG TINGGI!!! siri 1

Assalamualaikum...

Dah berhabuk dah blog nie ye...lama tul tak update...terlebih maklum para 'associate writers' sedang sibuk bercuti musim panas barangkali...namun demikian untuk membuka tirai 2011,ku dahulukan entry ini yang diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak adik2 yang bakal menjadi warga Wellington tak lama lagi.

Where should we start???

1. Packing : Oleh kerana 'baggage allowance' hanya 20 ke 25 kg sahaja setiap orang, adalah dinasihatkan untuk tidak 'semberono' (syok sendiri) semasa mengemas bagasi anda. Walaupun anda akan check in dalam satu kumpulan besar, tidak bermakna anda boleh bawa sampai 30 kg seorang. Ini kerana dikhuatiri ada yang 'sangkut' nanti. Barang2 mcm sabun mandi, ubat gigi dan lain2, letaklah dalam bagasi kargo takut nanti kalau letak dalam hand luggage, jenuh nak bawak keluar kan...Kot la ada yang nak bwk rempah ratus mcm serbuk kari ke serbuk cili ke, pastikan anda bawa yang 'commercially packed' mcm Adabi ke, Allagapas ke. As long as die ada ingredients punya listings. Untuk orang pompuan muslim, kaedahnya bawaklah tudung byk2...kat sini mmg takde kedai tudung mcm kat CS...baju raya pon bawaklah agak2 yang boleh pakai sebulan (apakah yang aku mengarut nie???). Meriah la raya kat sini...makan je kejenya...wahahahaha...

2. Winter Clothing : Kalau ikut pengalaman peribadi, takyah la sakan sgt sampai nak bwk 2 3 helai bj winter. Cukuplah sekadar sehelai winter coat untuk keperluan awal. Nanti kat sini akan ada byk 'sale' sebelum winter. Masa tu kalau korang nak borong satu kedai pon acik tak marah aih....acik lagi sukaa....

3. Barang Letrik : Handphone???Korang mesti dah terpikir nak beli iPhone kan, setengah nya nak beli blackberry, Nokia C5 ke C7 ke...apapon terpulang tapi check sama ada handpone tu sesuai tak untuk rangkaian yang ada kat NZ especially untuk 2Degrees, Pada mereka2 yang nak beli laptop baru, belilah kat Malaysia. Kat sini mahal noks...pasal printer, toksahlah korang angkut printer korang yang kat Msia tu...kat sini berlambak printer kat Library...senior2 korang pon ada printer...byr je skit kat depa...sehelai sedollar (murah je) wakakakakaka....periuk belanga letrik tak payah bawak!!!!!korang kan duduk uni hall kan???semua ada la...untuk kaki posing, bwk kamera sendiri....kat sini takde jurugambar...kalau ada kene byr...


ok smpi sini dulu...mak nak g smayang dzuhur kat masjid...nanti mak smbung tulis. untuk para associate writers yang lain, bleh la tokok tambah apa yang kurang ye....