Showing posts with label Ilmu JOM Amal.... Show all posts
Showing posts with label Ilmu JOM Amal.... Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

JOM!!! Doa

Assalamualaikum dan Kia Ora...

Semoga sekelian berada dalam keadaan bersiap siaga untuk berperang dalam masa yang sama sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bermunajat kepada Allah S.A.W.

Firman Allah dalam KitabNYA yang mulia....

'Dan mintalah dikau kepada KU, nescaya akanKU penuhi permintaanmu itu......'

Wahai Allah,
Kami hambaMu yang faqir dan dhaif,
Tiada lain tempat kami berharap selain kepadaMu,
Maha Suci Engkau Wahai Penguasa sekelian petala ciptaan langit dan bumi,

Wahai Allah,
Andai kebaikan yang Kau takdirkan buat kami,
Mudahkanlah jalan kami kepadanya,
Andai kecelakaan yang Kau tentukan buat kami,
Tiada lain hanya redha kami atas kententuanMu,

Wahai Allah,
Mudahkan bagi kami akan urusan kami,
Lapangkanlah dada kami,
Sihatkanlah akan Jasmani dan Rohani kami,
Hindarilah kedukaan dan nestapa dari kami,
Hadirkanlah gembira dan ria bagi kami,

Wahai Allah,
Tiada tempat kami mengadu hal selain kepadaMu,
Justeru apalah kiranya Kau jadikan kami orang-orang yang berjaya dalam peperiksaan yang akan datang ini Ya Allah,
Semoga dengannya kami dapat terus menjadi hambaMu yang tahu mengucap syukur dan terima kasih atas karuniaMu,
Semoga dengannya kami dapat terus menambahkan rasa Taqwa dan Tawajjuh kepadaMu,
Dan semoga dengannya kami bertambah redha atas ketentuanMu,
Hanya kepadaMu Wahai Allah tempat kami mengadu....

Thursday, May 13, 2010

Jumaat....

Assalamualaikum...

Memandangkan esok hari Jumaat, edisi JOM!!! Amal nak berkongsi beberapa benda 'best' untuk dibuat pada hari Jumaat.

1. JOM!!! baca Surah Al-Kahfi. Di riwayatkan dari satu hadith yang mana Baginda SAW membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kelebihan membaca Surah Al-Kahfi ini ialah akan diampun barang siapa membacanya pada hari Jumaat sehingga Jumaat berikutnya. (Kalau salah tolong betulkan, saya budak baru belajar)
2. JOM!!! potong kuku. Sunat memotong kuku pada hari Jumaat.
3. JOM!!! pakai baju cantik. Di beritakan Baginda SAW melalui riwayat Aishah RA ada 2 helai baju yang khas untuk hari Jumaat dan Hari Raya.
4. JOM!!! pakai minyak wangi. Adalah menjadi suatu sunnah memakai wangi-wangian pada hari Jumaat.
5. JOM!!! pergi masjid awal. Dapat pahala iktikaf. Diberitakan bahawa siapa yang sampai sebelum azan pertama Jumaat, pahalanya seolah mengorbankan seekor unta....

Sekian Edisi JOM!!! Amal kali ini. Sampai ketika lain....

Tuesday, May 11, 2010

JOM Doa!!!

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi tanpa kerja, kini saya ada BOSS baru. Itu tak penting. Yang penting, untuk post pertama dalam blog ini, JOM kita semak beberapa waktu dan 'port' yang sesuai untuk BERDOA. Check it out!!!

Waktu afdhal:

1. Hujung malam
2. Semasa Azan
3. Antara Azan dan Iqamah
4. Seusai Solat Fardhu
5. Bermula Imam naik mimbar sehingga selesai Solat Jumaat
6. Penghujung waktu Asar hari Jumaat
7. Tatkala hujan turun
8. Tatkala sujud
9. Ketika didzalimi
10. Sewaktu musafir dalam niat yang baik
11. Hendak berbuka

'Port' yang afdhal untuk berdoa :

1. Tatkala melihat Kaa'bah
2. Tatkala melihat Masjid Nabi SAW
3. Semasa Tawaf
4. Sedang di Multazam
5. Berhampiran Makam Baginda SAW
6. Sisi sumur@telaga ZamZam
7. Bukit Safa dan Marwah
8. Di tanah Arafah, Mudzalifah dan Mina
9. Di sisi Jamrah
10. Masjid

Semoga yang sedikit ini dapat dimanaafaatkan bersama...JOM Amal!!!!