Tuesday, June 1, 2010

Accommodation in Wellington...

Assalamualaikum and Kia Ora...

Setelah sekian lama, hari ini Boss saya suruh buat liputan menyeluruh berkenaan accommodations yang ada disekitar Kacamatan Wellington ini. Dan untuk itu, liputan ini dibawa terus dari 32 Adams Terrace, Kelburn @ Te Kotahinga....

Dari segi kedudukan, jarak daripada 32 Adams Terrace menuju ke VUW Kampus Kelburn adalah sepanjang 750 meter. Kalau tak percaya, ini adalah gambaran perjalanan kami setiap hari menuju ke kampus.


Kalau diperhatikan pada gambar IHSAN dari Google Maps, yang ditanda dengan A itu adalah kediaman kami iaitu 32 Adams Terrace dan yang ditanda dengan B itu adalah VUW Kampus Kelburn. Untuk makluman, VUW ada 4 kampus iaitu di Kelburn selaku kampus pusat, Karori selaku kampus pengkhususan untuk fakulti pendidikan , Pipitea selak kampus pengkhususan untuk fakulti perakaunan, perniagaan, dan undang-undang dan Te Aro selaku kampus pengkhususan untuk fakulti seni bina.

Beralih kepada topik seterusnya iaitu kemudahan sedia ada yang diperuntukkan oleh pihak University Hall.

Sewa yang dikenakan kepada mana-mana penghuni kediaman dibawah seliaan University Hall adalah seperti berikut:

Sewa Single Room : *NZD 170
Sewa Shared Room : *NZD 140
Yuran Akses Internet : *NZD 120 setahun
*tertakluk pada perubahan semasa

Suatu perkara yang menarik tentang menghuni kediaman seliaan University Hall ini adalah anda tidak perlu risau sama sekali tentang elektrik dan air kerana semuanya telah diurus tadbir oleh pihak University Hall. Best kan????

Antara kemudahan yang dibekalkan kepada anda di dalam kediaman ini:


Gambar diatas adalah kemudahan terkini yang dibawa masuk oleh pihak University Hall iaitu Penyaman Udara. Tapi konsep alat ini ialah untuk mengeluarkan haba bagi memanaskan rumah. Namun yang demikian, alat ini masih juga boleh berfungsi untuk menyejukkan rumah kalau anda rasa panas.

Dalam rumah ini ada lima single bedroom yang membawa maksud ada 5 orang penghuni sahaja yang mendiami rumah ini. Walaubagaimanapun, keluasan setiap bilik adalah berbeza mengikut bilik. Don't you ever think that you are going to have a room as like your room back in IPSAH. It is totally huge!!!Boleh sumbat 3 orang satu bilik (bilik saya je). Macam Hafiz Abdul Malek, luas bilik beliau adalah seperti luasnya master bedroom seunit rumah di Bandar Puteri Jaya. Besarkan?????

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil, tilam, kerusi dan meja belajar. Tidak lupa almari penyangkut pakaian.
***Gambar tidak dapat disiarkan atas asbab bilik sangat bersepah.

Yang paling penting....

Kalau tak ada benda ini dalam bilik, kompom mati beku. Ini adalah pemanas yang dibekalkan untuk setiap bilik. Malam anda akan lena dengan benda ini. Tapi anda akan memerlukan satu unit tambahan bila musim sejuk menjelang as the weather will a lot colder than usual.

Lain-lain kemudahan seperti mesin basuh, mesin pengering, set television dan lain-lain perkakasan semuanya dibekalkan oleh pihak pengurusan. Pendek kata, semua memang cukup lengkap disediakan. Tinggal datang dan duduk diam-diam je.

Sekian sahaja liputan untuk kali ini.Sebarang pertanyaan bolehlah disalurkan kepada mohamadfrd@yahoo.com ataupun matrafmoha@myvuw.ac.nz

Sekian terima kasih....

2 comments:

  1. pembetulan, vic uni campus ade 4, karori, kelburn, pipitea and te aro.. :-)

    ReplyDelete
  2. thanks...
    lupa lak geng pipitea...
    wahahahaha

    ReplyDelete