Tuesday, June 22, 2010

Gambar di Facebook-So Cute!!! tapi...

Salam sejahtera para pembaca yang tak setia sekalian
Dewasa ini, seringkali kita menge'tag' kawan,sahabat,teman tapi mesra, bakal isteri/suami dan keluarga sendiri/angkat di laman sosial Facebook tanpa izin
bagi sesetengah orang ianya perkara biasa tetapi bagi mereka-mereka yang kurang senang dengan penampilan mereka, ianya merupakan suatu masalah yang dipandang berat.
Salah satu contoh terdekat yang boleh diberi ialah;

! Penutupan aurat
walaupun bagi 'sesetengah orang' yang memandang ringan terhadap aurat mereka, terdapat segelintir manusia (ramai sebenarnya) yang menitik-beratkan aurat dikhalayak ramai dan untuk tatapan orang ramai. Arakian, mintalah kebenaran dahulu dari pihak yang berkenaan sebelum memuatturun gambar di laman sosial yang boleh membuatkan sesetengah orang kurang selesa dan memberi dosa percuma kepada mereka. Diulangi, perbuatan menunjukkan aurat orang lain tanpa izin adalah "BERDOSA"

! Delete gambar-gambar orang lain yang tidak patut/tak berkenaan
Mungkin selepas ini terdapat mereka-mereka yang kurang senang dan meminta secara baik untuk sesetengah pihak men'delete' gambar yang mendedahkan aurat mereka dikhalayak ramai. Mungkin secara perbandingan post ini dianggap melampau tetapi peringatan harus diberikan sebagai salah satu cara untuk saling-mengingatkan manusia tentang dosa 'free' yang sering kita lakukan tanpa kesedaran atau kurang kewarasan. Sila 'delete' jika diminta oleh pihak yang berkenaan kerana ini melibatkan maruah dan harga diri manusia (bukan haiwan), lebih-lebih lagi saudara sesama Muslim/Muslimah. Kerjasama dan inisiatif yang akan dibuat,diulangi,'akan dibuat'oleh pihak tuan/puan amat saya/aku/ambo/den/I hargai.
paling tidak, sila "crop" atau hitamkan gambar mereka yang kelihatan seksi/agak-agak seksi/nampak aurat/nampak tak nampak aurat (nak tunjuk malu,tapi mahu), atau tak payah muatturun langsung gambar-gambar yang kelihatan/memang nampak/difikirkan tidak relevan. Perisian yang boleh digunakan untuk meng'edit' gambar adalah seperti berikut:
  • adobe photoshop
  • photoscape
  • Picasa
  • paling tidak,program 'paint' yang pasti semua komputer mahal/kurang mahal ada
  • semua diatas boleh didownload secara free di internet atau beli aje yang ori dikedai-kedai yang berhampiran dengan anda (ini soal mahu/tidak dan alasan/sebab musabab)
! No hard-feeling,ok?
Akhir kata segala perkataan yang ditaip diatas ditaip atas jasa baik dan niat murni saudara/saudari ISLAM (yang masih mengaku mereka itu ISLAM) kerana seringkali kita alpa dan tidak cakna akan perkara-perkara kecil sebegini yang bisa mendatangkan dosa besar kepada mereka dan diri kita sendiri yang bakal disoal diakhirat kelak.

Sekian,terimalah pantun 4 kerat-karut-mengarut sebelum kita berpisah..

gambar aku cute kan, korang?,
sebab takda muka yang lain,
buat dosa sorang-sorang
,
jangan tarik orang lain.



keras itu kadang berkesan, lembut itu selalu menjadi,minta maaf kalau ada terkasar bahasa,terpukul dimana-mana, semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni dosa-dosa kita,amin.

No comments:

Post a Comment