Tuesday, June 1, 2010

Stafford House

Untuk juniors Cohort 2, here are some tips upon choosing your accomodation for next year. Since I'm staying at Stafford House, I'll be talking roughly about this one.  

Stafford ni strategik. Untuk orang yang suka city life ataupun taknak risau tak de makanan tengah- tengah malam, eloklah duduk sini. Situated at The Terrace, maksudnya keliling korang bangunan jelah. Ada FIX, yang buka sampai around 11pm. So, bila-bila masa lapar, boleh turun beli makanan kat sini. Tapi, tak dapatlah harga murah sebab this store is like 7Eleven back in Malaysia.. Anyway, kalau taknak FIX, ada Subway. Sila google Subway tu ape ya haha..

Rent seminggu is $180, per person. Next year, dengar kata naik 5 dolar lagi. Quite affordable. Ada gim, ada bilik muzik, study room, work room, common room untuk tengok tv, dan bilik untuk main pingpong dan snooker. Advantage kat situ. Tak payah susah- susah subscribe gim kat Uni. mahal kot.. Bazir duit lagi kalau korang tak pergi haha. Lagi satu, internet free, tapi 2Gig je per week. So, kena pandai bajetlah. 

 Setiap room ada 3 bilik. Ruang tamu, kalau nak buat party, sorry to say, tak dapatlah. Sempit. Paling kurang pun, boleh sumbat 7-8 orang. Bilik pun berbeza keluasan dia. Setengah bilik ada 1 heater, ada yang 2, ada yang 4. Heater semua centralized, meaning, management yang tentukan bila dia akan pasang heater. Selalu bulan 6 baru start pasang, itu pun dari pukul 4- 11 mlm je. Waktu lain, kalau sejuk, silalah masuk dalam duvet dan tidur haha..

Sila jangan pilih Stafford House kalau taknak risau pasal electricity. Rate a month is about $50-60. Itu pun kalau korang jarang pakai dishwasher, tak guna dryer dan guna cold water utk washing machine. Agak sengsara di situ ye :) Oh ye, rate tu untuk per person, bukan per house, ok. Ooh, jangan mimpilah nak beli portable heater atau elektrik blanket kalau tak nak pengsan bila dapat bil elektrik. Keselamatan pula, dijamin. Tip top sebab pak guard dia macam IPSAH nye hehe. Nak masuk, kena swap. 

Oh, pasal nak pergi Uni pula. 20 minit kalau jalan kaki. Kalau naik bas, bayar cash= $1.50. Kalau guna snapper (kad diskaun)= $1.20. Biasanya, kitorang Stafford ni pergi naik bas, balik jalan kaki. Tapi, bila elaun dah nak habis, semua pun bajet berjimat, so jalan kaki je. Boleh topup Snapper kat FIX je, so senang. 
HAVEN nya, bila nak shopping. tak sampai 5 minit pun nak pergi Lambton Quay, which is the central of the city. Starbucks, Burger Fresh, Mrs Higgins (famous cookies kat sini), St Pierres (sushie halal, tapi tengok brach jugaklah), Spud Deli (baked potatoes nyum nyum) semua kat sini. So, for those who love food, no worries eh..Post shop, bank semua dekat. So while others complain susahnya nak kena turun town beli makanan, korang boleh senyum- senyum sambil cakap, kitorang tak sampai seminit dah boleh makan Burger Fresh hehe..Kidding, kidding..

Nak masak pula, don't worry. Kitchen ada. Cutlery, periuk semua pun dah siap. Kena tutup pintu bila masak. Kalau asap keluar ke hall, alamatnya bomba datang. Sini, alarm bunyi, terus bomba datang. Memang tension. Once a month, ada house inspection. Siapa tak pass, kena double bersihkan bilik dia. Privasi kat sini bagus. Racism, so far, tak ada. RA, helpful. RA ni macam wardenlah, tapi hensem dan cantik belaka haha. Management, friendly. Baik sungguh.  

Ada apa- apa soalan, sila drop comment atau tanya kat Shoutout Box sebelah tu. Takut terlupa pula info2 penting yang lain. Btw, untuk yang nak tengok macamana rupa Stafford, this is the link : http://www.stafford.maxnet.co.nz/index.php (pergi bahagian Photo Gallery)


Thanks heaps :) 


real life situation :P

No comments:

Post a Comment